Wednesday, December 31, 2014

Program Kenduri Kampung dan Kesyukuran

Program ini merupakan program anjuran Komuniti Mukim Sermin, JKKK, KRT, UMNO, UKK, RELA dan Penduduk Kampung Gelang Chinchin telahpun berlangsung dengan jayanya pada 30/12/2014. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar program berlangsung....







ps : Semoga tahun 2015 bakal memberi lebih kejayaan, kemakmuran kepada bumi tempat lahir kami...


Sunday, December 28, 2014

Sunday, November 2, 2014

Bola itu bulat - Perlawanan Akhir OPPO Piala Malaysia 2014 - Segamat Johor Fans Club(SFC)


1 November 2014 sudahpun berlalu, ternyata ia satu kenangan yang cukup indah untuk digarap. Menang kalah adat pertandingan.. Ini adalah hakikat yang harus ditelan oleh pasukan JDT apabila tewas ditangan Pahang dalam penentuan sepakan penalti. Akhirnya.. gelaran juara OPPO Piala Malaysia 2014 menjadi milik Pahang. Oleh itu, kami ingin mengucapkan Tahniah kepada pasukan Pahang kerana telah berjaya sekali pada tahun ini...

Kepada pasukan JDT .. kami ada.. kami ada... Setia BersaMu Johor...

Berikut Kami kongsikan sedikit ucapan dari Penyokong JDT


Nota kaki : Segamat Johor Fans Club(sfc) merupakan kelab peminat JDT dari Segamat Johor dan telah membawa penyokong-penyokong tegar JDT dari seluruh daerah Segamat untuk bersama-sama memberi sokongan padu untuk pasukan kesayangan mereka.

Mereka juga telah menjadi medium paling baik untuk penyokong Segamat Johor dalam mendapatkan informasi terbaik mengenai perlawanan JDT malah memberi ruang kepada penyokong untuk terlibat sama. Malah suara penyokong juga disuarakan dengan tegas diruangan sosial ini. 

Sokongan tidak berbelah bagi itu juga dizahirkan apabila sebanyak empat buah bas telah ditempah dengan inisiatif sendiri (tiket dan bas) untuk membawa ahli kelab menuju ke gelanggang final iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil.(sumber Facebook Segamat Johor Fans Club)





~Tahniah kepada Segamat Johor Fans Club~










Nota kaki : Pemilik akaun facebook yang beri ucapan merupakan ahli dari Facebook Group Gelang Chinchin



Ale Ale.. Luaskan KuasaMu Johor



Berikut Merupakan Gambar-gambar yang dikongsi untuk tatapan pembaca..










Jumpa lagi musim 2015 dengan aksi yang lebih mantap dan mendebarkan..
-pak malau-

Tuesday, September 30, 2014

Panorama Kampung Kami


       Assalamualaikum...   post kali ini.. kami akan tunjukkan kepada pembaca untuk menonton panorama kampung kami... bermula dari Papan Tanda "Kg Gelang Chinchin" hingga hujung Kampung iaitu Padang Bola....

           JOM SAMA-SAMA...
           KEPADA ANAK KAMPUNG DIPERANTAUAN...
           JOM BALIK KAMPUNG!!!



Sumber : Google Maps
editor : Admin Blog Kg Gelang Chinchin

Wednesday, September 24, 2014

Atap Nipah 2014





     
                Atap nipah telah digunakan sebagai bumbung rumah dan banggunan diseluruh nusantara sejak dulu lagi iaini sebelum kewujudan atap zink, genting, asbestos dan sebagainya. Penggunaan atap nipah kini dilihat sebagai sesuatu yang klasik dan "rare" selain menampakkan ciri-ciri tradisional selain dapat memperkenalkan kepada generasi baru akan kewujudan atap jenis ini.

               Kelebihan menggunakan atap ini ialah ia dapat mewujudkan suasana nyaman dan sejuk didalam sesebuah pondok/rumah/banggunan walaupun tidak menggunakan kipas angin mahupun penghawa dingin. Kesegarannya seolah-olah kita sedang menikmati suasana redup dibawah daun-daun hutan yang rimbun.            

              Kini, masa berganti masa, penggunaan atap atap nipah tidak lagi sesuai untuk banggunan-banggunan utama pencakar langit dan rumah-rumah. Tetapi ianya menjadi trend kepada ramai pengusaha restoran , warung, kedai makan , cafe dan lain-lain untuk mendapatkan dekorasi berasaskan tradisional selain boleh mewujudkan suasana sejuk dan selesa kepada pelanggan. Dan secara tidak langsung, ianya akan mengubah citarasa pengunjung kepada citarasa tradional dan "berteknologi Hijau" atau "Back to the Nature"





Dari artikal Utusan Malaysia bertarikh 2/4/2012, hasil temuramah wartawan dengan  pengusaha Atap Nipah ,Othman Husin dari daerah Kota Tinggi , Johor ..  menyatakan,


"Setiap atap nipah mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter hingga 1.8 meter dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk mencantikkan atap itu," jelasnya.

Menurutnya, setiap hari sebanyak 80 hingga 90 keping atap rumbia dapat disiapkan bergantung pada permintaan kerana kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi.

"Jika atap dibuat tanpa kemasan yang betul ia akan rosak dan terkeluar jika ditiup angin jadi saya memastikan setiap atap nipah yang dihasilkan itu berkualiti.

"Atap yang telah siap, dijual dengan harga RM1.00 sekeping," katanya yang memperoleh pendapatan dari hasil jualan atap antara RM800 hingga RM2,000 sebulan bergantung pada tempahan.

Mereka yang meminati atap tradisional itu boleh menghubungi Othman (019-7476605) untuk mendapatkan maklumat lanjut atau tempahan.






Friday, September 19, 2014

Perkongsian Muka Buku - Doa untuk Negara-negara Islam



Kiriman ini datangnya dari pengguna Facebook Azlina Nyasiman, berkongsi kepada kita Doa yang boleh kita amalkan sehari-hari sebagai prihatin kita terhadap saudara-saudara kita yang berjuang demi Agama dan Negara.   








Semoga lebih banyak perkongsian dapat di kongsi untuk amalan bersama.
Terima kasih diucapkan kepada pengirim. 





Monday, September 8, 2014

Munajat Ibu Ayah untuk anak ketika peperiksaan penting

Assalamualaikum,

Ini adalah doa yang anda boleh baca untuk membantu anak anak anda yang sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan.

Jika anda rasa ia bermanfaat untuk anda. Anda boleh copy, paste, edit ikut kesesuaian anda, dan print. Anda boleh baca doa ini hari hari.

Dan tolong berikan doa ini kepada sahabat sahabat anda yang lain.

Sama sama kita mencari 'pencen kubur'. Ingat, ilmu yang bermanfaat pahalanya akan berterusan walaupun kita berada di alam kubur selagi mana ilmu itu diamalkan.

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Wednesday, September 3, 2014

Sambutan Aidilfitri Peringkat Kg Gelang Chinchin 2014

          Sambutan dari penduduk kampung yang cukup meriah untuk sambutan Aidilfitri peringkat Kg GelangChinchin 2014 anjuran Jkkk Kg Gelang Chinchin juga pertubuhan-pertubuhan lain di Kampung ini. Kesemua yang hadir pada majlis tersebut turut bersama sama meraikan bakal-bakal haji 2014 kampung ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sebagai kenangan aidilfitri 2014.


          Dan kami bagi pihak JKKK Kg Gelang Chinchin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Juga doa kami untuk bakal bakal haji, semoga dipermudahkan urusan sepanjang
menunaikan rukun haji... Inshallah.. Aminnnnn..... 

Marhaban Syawal 2014

             Assalamualaikum wkt...  setiap tahun sudah pasti kumpulan kendarat Kg Gelang Chinchin menjalankan aktiviti Marhaban Syawal... semestinya untuk tahun ini,aktiviti ini akan diteruskan...

             Rumah yang dipilih untuk aktiviti Marhaban Syawal ini terdiri daripada rumah anggota kendarat Kg Gelang Chinchin sendiri. Marhaban syawal ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim , malah ianya dapat mendedahkan kepada golongan muda bahawa aktiviti seperti ini harus diteruskan...
   
             Berikut merupakan gambar kenangan yang sempat dirakam semasa aktiviti marhaban syawal sedang berlangsung ....



Video : Kumpulan Marhaban Wanita Kg Gelang Chinchin memulakan sesi Marhaban




Pemenang tempat ke-2 Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia 2014 Daerah Segamat

Assalamualaikum...

                Salam kemerdekaan buat negara kita Malaysia yang menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 57 ...  Alhamdulillah , sepanjang 57 tahun ini, pelbagai evolusi dan transformasi telah pon kita kecapi...  dan tidak mustahil, negara Malaysia maju pada tahun 2020 bakal kita kecapi... 


              Alhamdulillah, pada tanggal 31 Ogos 2014 juga, Kampung kita , Kg Gelang Chinchin,telah menerima perkhabaran baik apabila telah dinobatman sebagai pemenang tempat ke-2 dalam pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 2014 peringkat Daerah Segamat.


            Kami bagi pihak Ketua Kg Gelang Chichin , En.Salih bin Mohammad dan JKKK Kg Gelang Chinchin merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat.

Thursday, August 21, 2014

MH17 - Dalam kenangan - sedikit masa untuk bertafakur rakyat Malaysia ...

(ketika menulis... saya sangat berhati-hati pada setiap patah dan kata untuk menjaga sensetiviti keluarga penumpang MH17 -admin blog GCC-)

Boleh kita rumuskan bahawa ianya dugaan buat seluruh rakyat Malaysia apabila tragedi MH17 berlaku telah mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Dan hari ini....  sejumlah 20 jenazah akan dibawa kembali ke Malaysia untuk disemadikan ... dan kira-kira tepat pada pukul 10.45 minit pagi (hari) ini, telah diumumkan sebagai waktu berkabung rakyat Malaysia.



kami sediakan sedikit perkongsian... mengenai isu berkabung...

Isu Berkabung,
Atau berdiri tafakkur?
Pertanyaan masih banyak.
Pandangan ana al-faqir ilallah ini;
"Cukuplah sebagai tanda hormat dan simpati dengan berdoa kepada mereka, tidak perlu kepada acara sambutan dan penetapan tertentu, kerana ianya akan membuka ruang kepada acara lain selepas ini dan dibimbangi meniru budaya orang bukan Islam".
AAM, Doha, 22/8/2014.
Di bawah ini petikan dua pandangan tentang isu ini yang bereder di kalangan masyarakat di alam maya, baca dan teliti;
[21/08 10:24 PM] +60 12-622 1939: ⇨JUMAAT - 22.08.2014
Di minta semua rakyat seluruh MALAYSIA memakai baju HITAM @ PUTIH (kita bekabung) untuk menghormati mangsa MH17 yang akan tiba hari JUMAAT ini.
‪#‎Moho‬
Pendapat Pertama:
Dari segi islam tiada dianjurkan untuk pakai baju hitam atau putih atas penghormatan atas kematian atau sesuatu musibah. Pemakaian baju hitam jika atas niat untuk perkara tersebut tidak dibolehkan kerana mengikut amalan orang kristian. Apa yg terbaik amalan di dalam syariat islam hanya berdoa memohon keampunan dan kerahmatan dari Allah. Jika sekadar pakai tidak mengapa.
Benar... itu semua amalan orang2 kafir....
jawapan:
Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja, sebagaimana difahami dalam hadis di bawah:
Maksudnya: Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas kematian seseorang, kecuali ke atas suami selama empat bulan sepuluh malam.
Direkod oleh Bukhari (no: 5334), dan Muslim (no: 1487).
Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah klasik dan moden yang membahaskan hukum berkabung, ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita.
Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. Contohnya dalam kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924.
Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja.
Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salaf. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.
Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Dan lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam. Sedangkan kita dilarang meniru adat mereka.
Fatwa Shaikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah:
Soalan :
Apakah boleh memakai pakaian hitam untuk berkabung di atas kematian seseorang khususnya apabila orang tersebut suami ?
Jawapan :
Memakai pakaian hitam ketika terjadi musibah merupakan syi’ar yang bathil yang tidak ada asalnya dalam Islam. Seseorang ketika terjadi musibah hendaklah melakukan apa yang disyariatkan. Dia boleh mengucapkan :
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Allahuma jurnii fii musiibatii wakhluflii khairan minha..
Ertinya : “Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan benar-benar kepada-Nya kami akan kembali. Ya, ALLAH berilah aku balasan (pahala) di dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik dari musibah tersebut. ”
Bila dia mengucapkan kalimat itu dengan rasa iman dan mengharapkan pahala maka ALLAH Ta’ala akan memberinya balasan atas musibah yang menimpa dan akan mengganti musibah tersebut dengan hal yang lebih baik darinya.
PENDAPAT KEDUA :-
Hukum Tafakkur Dan Berkabung
Submitted by FatwaMalaysia on 21 August 2014 - 8:31am
Akidah
ISU:
Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
PENJELASAN:
Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)
Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.
Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.
Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).
Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.
Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.
Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.
Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.
Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662
Wallahu a'lam.











Wednesday, July 2, 2014

Makanan kegemaran Rasulullah SAW

Makanan Kegemaran Rasulullah SAW : 



  • Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup




  • Kurma : Nabi SAW bersabda rumah yang tidak ada kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

  • Buah Tin : Buah dari syurga dan boleh mengubati buasir.


  • Anggur : Nabi SAW suka makan anggur kerana ia dapat membersihkan darah dan menguatkan buah pinggang serta membersihkan perut.


  • Madu : Ia adalah makanan segala makanan. Minuman segala minuman dan ubat segala ubat.Dapat mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut dan dapat membuang kahak. Diminum diwaktu pagi dengan air suam.


  • Tembikai(segala jenis) : Nabi SAW bersabda , wanita mengandug tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.


  • Susu : Nabi SAW bersabda, susu baik untuk membuang panas badan, seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak dan memperbaharui pandangan maya juga membuang kelupaan.


  • Cedawan : Baik untuk mata dan perancang keluarga.


  • Minyak Zaitun : Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut.


  • Delima : Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.


  • Cuka : Nabi SAW selalu meminum cuka dengan minyak zaitun.

  • Air : Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah dimunum perlahan-lahan bukan diteguk. kerana anda akan mudah mendapat sakit pada hati. 






Sumber : dari FACEBOOK page Tok Wan 2