Tuesday, September 30, 2014

Panorama Kampung Kami


       Assalamualaikum...   post kali ini.. kami akan tunjukkan kepada pembaca untuk menonton panorama kampung kami... bermula dari Papan Tanda "Kg Gelang Chinchin" hingga hujung Kampung iaitu Padang Bola....

           JOM SAMA-SAMA...
           KEPADA ANAK KAMPUNG DIPERANTAUAN...
           JOM BALIK KAMPUNG!!!



Sumber : Google Maps
editor : Admin Blog Kg Gelang Chinchin

Wednesday, September 24, 2014

Atap Nipah 2014





     
                Atap nipah telah digunakan sebagai bumbung rumah dan banggunan diseluruh nusantara sejak dulu lagi iaini sebelum kewujudan atap zink, genting, asbestos dan sebagainya. Penggunaan atap nipah kini dilihat sebagai sesuatu yang klasik dan "rare" selain menampakkan ciri-ciri tradisional selain dapat memperkenalkan kepada generasi baru akan kewujudan atap jenis ini.

               Kelebihan menggunakan atap ini ialah ia dapat mewujudkan suasana nyaman dan sejuk didalam sesebuah pondok/rumah/banggunan walaupun tidak menggunakan kipas angin mahupun penghawa dingin. Kesegarannya seolah-olah kita sedang menikmati suasana redup dibawah daun-daun hutan yang rimbun.            

              Kini, masa berganti masa, penggunaan atap atap nipah tidak lagi sesuai untuk banggunan-banggunan utama pencakar langit dan rumah-rumah. Tetapi ianya menjadi trend kepada ramai pengusaha restoran , warung, kedai makan , cafe dan lain-lain untuk mendapatkan dekorasi berasaskan tradisional selain boleh mewujudkan suasana sejuk dan selesa kepada pelanggan. Dan secara tidak langsung, ianya akan mengubah citarasa pengunjung kepada citarasa tradional dan "berteknologi Hijau" atau "Back to the Nature"





Dari artikal Utusan Malaysia bertarikh 2/4/2012, hasil temuramah wartawan dengan  pengusaha Atap Nipah ,Othman Husin dari daerah Kota Tinggi , Johor ..  menyatakan,


"Setiap atap nipah mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter hingga 1.8 meter dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk mencantikkan atap itu," jelasnya.

Menurutnya, setiap hari sebanyak 80 hingga 90 keping atap rumbia dapat disiapkan bergantung pada permintaan kerana kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi.

"Jika atap dibuat tanpa kemasan yang betul ia akan rosak dan terkeluar jika ditiup angin jadi saya memastikan setiap atap nipah yang dihasilkan itu berkualiti.

"Atap yang telah siap, dijual dengan harga RM1.00 sekeping," katanya yang memperoleh pendapatan dari hasil jualan atap antara RM800 hingga RM2,000 sebulan bergantung pada tempahan.

Mereka yang meminati atap tradisional itu boleh menghubungi Othman (019-7476605) untuk mendapatkan maklumat lanjut atau tempahan.






Friday, September 19, 2014

Perkongsian Muka Buku - Doa untuk Negara-negara Islam



Kiriman ini datangnya dari pengguna Facebook Azlina Nyasiman, berkongsi kepada kita Doa yang boleh kita amalkan sehari-hari sebagai prihatin kita terhadap saudara-saudara kita yang berjuang demi Agama dan Negara.   








Semoga lebih banyak perkongsian dapat di kongsi untuk amalan bersama.
Terima kasih diucapkan kepada pengirim. 





Monday, September 8, 2014

Munajat Ibu Ayah untuk anak ketika peperiksaan penting

Assalamualaikum,

Ini adalah doa yang anda boleh baca untuk membantu anak anak anda yang sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan.

Jika anda rasa ia bermanfaat untuk anda. Anda boleh copy, paste, edit ikut kesesuaian anda, dan print. Anda boleh baca doa ini hari hari.

Dan tolong berikan doa ini kepada sahabat sahabat anda yang lain.

Sama sama kita mencari 'pencen kubur'. Ingat, ilmu yang bermanfaat pahalanya akan berterusan walaupun kita berada di alam kubur selagi mana ilmu itu diamalkan.

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Wednesday, September 3, 2014

Sambutan Aidilfitri Peringkat Kg Gelang Chinchin 2014

          Sambutan dari penduduk kampung yang cukup meriah untuk sambutan Aidilfitri peringkat Kg GelangChinchin 2014 anjuran Jkkk Kg Gelang Chinchin juga pertubuhan-pertubuhan lain di Kampung ini. Kesemua yang hadir pada majlis tersebut turut bersama sama meraikan bakal-bakal haji 2014 kampung ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sebagai kenangan aidilfitri 2014.


          Dan kami bagi pihak JKKK Kg Gelang Chinchin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Juga doa kami untuk bakal bakal haji, semoga dipermudahkan urusan sepanjang
menunaikan rukun haji... Inshallah.. Aminnnnn..... 

Marhaban Syawal 2014

             Assalamualaikum wkt...  setiap tahun sudah pasti kumpulan kendarat Kg Gelang Chinchin menjalankan aktiviti Marhaban Syawal... semestinya untuk tahun ini,aktiviti ini akan diteruskan...

             Rumah yang dipilih untuk aktiviti Marhaban Syawal ini terdiri daripada rumah anggota kendarat Kg Gelang Chinchin sendiri. Marhaban syawal ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim , malah ianya dapat mendedahkan kepada golongan muda bahawa aktiviti seperti ini harus diteruskan...
   
             Berikut merupakan gambar kenangan yang sempat dirakam semasa aktiviti marhaban syawal sedang berlangsung ....



Video : Kumpulan Marhaban Wanita Kg Gelang Chinchin memulakan sesi Marhaban




Pemenang tempat ke-2 Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia 2014 Daerah Segamat

Assalamualaikum...

                Salam kemerdekaan buat negara kita Malaysia yang menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 57 ...  Alhamdulillah , sepanjang 57 tahun ini, pelbagai evolusi dan transformasi telah pon kita kecapi...  dan tidak mustahil, negara Malaysia maju pada tahun 2020 bakal kita kecapi... 


              Alhamdulillah, pada tanggal 31 Ogos 2014 juga, Kampung kita , Kg Gelang Chinchin,telah menerima perkhabaran baik apabila telah dinobatman sebagai pemenang tempat ke-2 dalam pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 2014 peringkat Daerah Segamat.


            Kami bagi pihak Ketua Kg Gelang Chichin , En.Salih bin Mohammad dan JKKK Kg Gelang Chinchin merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat.