Tuesday, June 6, 2017

MyKad Hilang? apakah tindakan anda?

       

        Kad Pengenalan merupakan dokumen pengenalan diri yang dianugerahkan kepada seseorang individu bagi mengiktiraf kerakyatan seseorang . Di Malaysia sendiri setiap rakyat yang diiktiraf mempuyai dokumen pengenalan sendiri. Sebelum kita menggunakan dokumen pengenalan diri yang terkini iaitu "Mykad" terdapat beberapa versi. Antaranya adalah seperti berikut :


  • Tahun 1966 



  • Tahun 1990



  • Tahun 2000






                 Dari tahun ketahun teknologi semakin berkembang. Maka bermula pada tahun 2000, MyKad telah diperkenalkan bagi menggantikan Kad Pengenalan yang lama. Dengan ciri-ciri baru termasuklah kad yang lebih keras, cip juga ditambah bagi mengelakkan ada unsur pemalsuan kad identiti malah no kad pengenalan juga digabungkan tarikh lahir , kod kawasan tempat dilahirkan dan 4 nombor terakhir ganjil bagi setiap seorang penduduk yang layak menerima MyKad sebagai pengenalan diri.  Malah terdapat juga unsur-unsur lain yang boleh dikenalpasti sebagai ciri-ciri Mykad yang asli.  Malah pada tahun 2012 juga ciri-ciri yang terdapat pada Mykad pada tahun 2000 telah ditambah baik dimana pelbagai urusan seperti urusan perbankkan, urusan jual beli, malah untuk urusan lalu lintas seperti menjadikan Mykad sebagai kad "Touch and Go". Malah pada tahun 2005, Malaysia telah mengeluarkan "MyKid" tapi ianya tanpa gambar individu dan bewarna Pink. Mykid adalah untuk kanak-kanak yang lahir di Malaysia bagi menggantikan sijil kelahiran seorang bayi . Malah bagi mereka yang bertaraf permastautin tetap juga akan diberikan kad pengenalan diri yang diberi nama "MyPR" dan ianya berwarna merah. 

  • 2005 - MyKid



  • MyPr



BAGAIMANA JIKA MYKAD ANDA HILANG??

Hilang... sudah pasti indvidu yang terlibat perlu memohon semula. Sedikit info untuk anda dari Facebook Jabatan Pendaftaran Negara . Dan informasi lebih lanjut boleh rujuk kepada gambar yang telah disertakan. 









**simpan baik-baik... jangan sampai hilang semua... 
semoga info yang disampaikan bermanfaat buat semua.. 






Saturday, May 27, 2017

Fidget Spinner - Apa itu Fidget Spinner? anda tahu ke?

Apa itu "Fidget Spinner".  Baru-baru ini viral dimedia sosial akan kewujudan gadget Fidget Spinner.  Jadi berlumba-lumbalah umat manusia mendapatkan Fidget Spinner ini.  Ada sesetengah pengguna apabila ditanya sememangnya tidak tahu apakah fungsi ataupun tujuan asal gadget ini dicipta. Sedangkan ramai yang memiliki gadget ini dan memusingkannya di celah jari pemiliknya.

             
Fidget Spinner yang menjadi viral 


                Mari kita berkenalan dahulu dengan pencipta gadget ini.  Beliau adalah Catherine A Hettinger yang berasal daripada Florida, Amerika Syarikat.  Tujuan penciptaan gadget ini pada asalnya adalah untuk membuang tabiat tanpa sedar  sesetengah individu seperti mengigit kuku atau salah satu cara untuk menghilangkan rasa bosan. Malah ada sesetengah pendapat,  menyatakan bahawa Fidget Spinner ini dapat membantu merawat sesetengah pesakit yang berdepan dengan masalah psikologi seperti mudah hilang fokus dan mudah berasa cemas.

             Dan setelah gadget ini menjadi viral di media sosial,  maka berduyun-duyunlah penjual menjual Fidget Spinner ini tidak kira sama ada secara online ataupun kedai gadget malah ianya mudah didapati di bazar karat,  downtown   carboot sales dan sebagainya kerana permintaan yang cukup tinggi.  Malah,  kini Fidget Spinner mempunyai pelbagai versi dan dapat dibezakan  dari segi design,  warna,  malah ada juga dalam bentuk DIY..  hanya kekreatifan sahaja yang membezakan sesebuah Fidget Spinner.

           Tetapi awas!!!  permainan ini mungkin tidak sesuai dimainkan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke bawah, kerana telah menjadi viral juga berkenaan  seorang kanak-kanak hampir menjadi buta akibat Fidget Spinner ini.  Bagi admin mencegah lebih baik dari mengubati  jika pendedahan kepada sesuatu alatan kepada individu yang dirasakan tidak sesuai   hal ini harus dipantau supaya tidak memudaratkan pengguna tersebut.  Bukan sahaja Fidget Spinner,  malah gadget-gadget yang lain juga.


Ini adalah contoh bagaimana Fidget Spinner dimainkan 

Fidget Spinner dapat dibezakan dari segi design,  warna  dan sebagainya 







#anakGcc 
  • #Segamat #Kgcc 


Program Ziarah Kasih bersama Komuniti Kg Gelang Chinchin

Kg Gelang Chinchin,  Segamat -  Program Ziarah Kasih bersama komuniti Kg Gelang Chinchin telah berjaya dilaksanakan pada 23 Mei 2017 yang lepas.  Program ini merupakan program  yang telah membawa Yb Hajah Norshida Ibrahim ADUN Kawasan Buloh Kasap bersama dengan komuniti terlibat yang juga terdiri daripada JKKK Kampung Gelang Chinchin bersama - sama belia dan beliawanis Kg Gelang Chinchin untuk mengunjungi golongan-golongan yang memerlukan di dalam kampung Gelang Chinchin itu sendiri. 

             Penyampaian sumbangan dalam bentuk barang keperluan asas seperti beras, gula dan susu diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung golongan yang memerlukan terutama pada bulan ramadhan tahun ini. Sesi kunjungan Yb ADUN Buloh Kasap ini bukan sahaja untuk Kampung Gelang Chinchin,  malah beberapa kampung lain juga turut memperoleh manfaat yang sama hasil daripada program kebajikan seperti ini.







#anakGcc
#Kgcc
#Segamat

Tuesday, May 23, 2017

Pertandingan Badminton Tertutup - Kampung Gelang Chinchin 2017 - Senarai Penuh Nama Pemenang




Kampung Gelang Chinchin, Segamat - Pertandingan Badminton Tertutup Kampung Gelang Chinchin 2017 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna Kampung Gelang Chinchin. Dianjurkan oleh KOSPEN Kampung Gelang Chinchin bersama-sama dengan Kelab Belia Kampung Gelang Chinchin, ianya telah melibatkan seramai 42 orang peserta terdiri daripada peserta lelaki dan peserta wanita.

                 Majlis penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh En Abd Rahman bin Hj Atan dan Tn Hj Hamzah bin Alias selaku wakil Ketua Kg Gelang Chinchin. Pertandingan yang telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 21hb Mei 2017 ini telah berakhir dengan jayanya  pada 22hb Mei 2017. Berikut merupakan senarai penuh Pemenang Pertandingan Badminton Tertutup Kg Gelang Chinchin tahun 2017.


                        
                        Kategori  Dewasa
                        Johan - Haizril & Hasrizal
                        N. Johan - Fauzee n Syed
                        Tempat ke 3 - Johar n Mohd Izzatsim        


                
                         Kategori  Remaja
                         Johan    - Shazwan &  Afiq 
                         N. Johan - Shahril & Farizan
                         Tempat ke-3 - Iqbal & Hakimi                        


                         Kategori Veteren
                         Johan - Zaidi &  Johari
                         N. Johan - Sulaiman &  Haron
                         Tempat ke-3 - Shahdan &   Amil                        



                         Kategori Wanita
                         Johan  - Roslina & Norliza
                         N. Johan - Rozita & Julia
                         Tempat ke-3  - Samsiah & Salina      



Berikut merupakan gambar-gambar sekitar pertandingan Badminton tertutup Kg Gelang Chinchin 2017.
















                    Sumber : Pn Johana Ali dan Pn Roslina  Wahab



Friday, May 19, 2017

SEGAMAT - Tanah Tumpah Darahku - Bendera Daerah & Mitos Daerah??







salah sebuah daerah yang paling tua di Negeri Johor... Tanah tumpah darah kami anak-anak jati Segamat.. membawa kami untuk menimbulkan persoalan...  seperti pernyataan seorang sahabat dilaman sosial 
"Muka Buku"  nya..    Saudara Haikal Hazim Hamidon ....



"Keunikan daerah-daerah di Johor salah satunya mempunyai bendera tersendiri atau bendera pembesar.
Setelah sekian lama ia dipandang sepi, kini masyarakat umum teruja ingin mengetahuinya. Namun secara zahir kini ia diamanahkan kepada Pejabat Daerah untuk dikekalkan. Akan tetapi secara sejarahanya ia milik "PEMBESAR DAERAH" persoalannya siapakah pembesar daerah tersebut??

Siapakah "PEMBESAR DAERAH SEGAMAT"??? 


Epik Mitos daerah SEGAMAT 

"Segamat mempunyai sebuah cerita mitos iaitu terdapat seekor naga besar yang tidur dibawah tanah di Kampung Berata sehingga Kampung Gemereh (~5KM~).Menurut cerita YM Drs.Ungku Zaman Mohd Tahir,punca daerah Segamat banjir kononnya berpunca dari Naga Besar yang bergerak dari tempat tidur asalnya yang menyebabkan Segamat mengalami banjir besar...."


disini..  suka kami nyatakan bahawa definisi Mitos ialah "satu kisah atau cerita yang melibatkan kepercayaan dari adat istiadat, kebudayaan , kepercayaan yang dianggap sebagai benar malah dijadikan panduan kepada pengikut , penduduk  atau masyarakat yang telibat pada masa dahulu (masa lampau) ... dan kepercayaan tersebut juga ada sesetengahnya melibatkan "Dewa Dewi" , Binatang ajaib seperti "Naga"  sehingga ada sesetengah perkara dijadikan rujukan masyarakat dalam gaya hidup mereka....


setiap tempat ada ceritanya sendiri... tepulang kepada penerimaan setiap indicidu untuk terima atau tidak .. 



Friday, April 21, 2017

Skills To Society - Giat Mara Sekijang - Kemahiran Seni Reka Gaya Rambut.

Kampung Gelang Chinchin, Segamat  – Sebuah Program ‘Skills To Society’ (S2S )telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Program ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Giat Mara Sekijang dan Kampung Gelang Chinchin merupakan Kampung terpilih dalam penganjuran program ini. Untuk Kampung Gelang Chinchin, program S2S member fokus kepada  program Kemahiran Seni Reka Gaya Rambut.

Menurut En. Syamsul Ridzuan Bin Yusof, Pengurus Giat Mara Parlimen Segamat, Program ‘Skills to Society’ ini  menfokuskan kepada kumpulan masyarakat yang berorganisasi seperti berpersatuan, pertubuhan mahupun jawatankuasa-jawatankuasa khas yang dibentuk yang mentadbir sesebuah komuniti.  

Menurut beliau lagi , selain daripada program SOS, terdapat satu lagi program yang boleh dilaksanakan iaitu program Training Of Demand(TOD).  Untuk pengetahuan umum, program TOD adalah adalah program permintaan oleh sesebuah komuniti, dan komuniti itu sendiri perlu menghantar kertas kerja untuk permintaan setiap program yang dijalankan.  Selain daripada itu, banyak lagi program yang ditawarkan terutama di GIAT MARA Segamat & Giat MARA Sekijang. Antaranya adalah Kurus Automatif kursus Jahitan dan lain-lain. Terdapat juga sesetengah program yang dijalankan dibekalkan SIJIL KURSUS KAMAHIRAN MALAYSIA (SKKM) apabila tamat pengajian dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.  


Dalam pada itu, En Syamsul turut mengambil kesempatan untuk mempelawa anak-anak muda sekitar Daerah Segamat untuk bersama-sama dalam program Kemahiran Giat Mara  seperti program automatif dan Jahitan untuk kemasukan bulan Julai 2017 . Sebarang informasi boleh terus ke Pejabat Giat Mara Daerah Segamat dan Sekijang ataupun boleh dapatkan informasi terkini  di lawan Web Giat  Mara sendiri di giatmara.edu.my atau boleh terus ke Facebook Giat Mara Segamat dan Facebook Giat Mara Sekijang. 


En Syamsul Ridzuan Bin Yusof, Pengurus Giat Mara Sekijang
Peserta & kakitangan Giat Mara


Peserta terlibat sedang menjalankan aktiviti

Peserta terlibat sedang menjalankan aktiviti

Peserta terlibat sedang menjalankan aktiviti




Sebarang info boleh klik Link dibawah untuk terus ke page yang terlibat : 







Thursday, April 20, 2017

Anugerah Desa Perdana 2017 - Peringkat Daerah Segamat - Majlis Penyampaian Hadiah

Kg Gelang Chinchin - Majlis penyampaian hadiah bagi Pemenang-pemenang Anugerah Desa Perdana 2017 bagi peringkat Daerah Segamat telah berlangsung dengan jayanya. Kehadiran tetamu kehormat Yb Pn Hj Norshida binti Ibrahim , Adun Kawasan Buloh Kasap telah merasmikan majlis malah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.  Turut sama, kehadiran wakil-wakil jabatan kerajaan dan penduduk Kampung Gelang Chinchin.

Kemeriahan turut dirasai apabila para tetamu dihidangkan dengan pelbagai variasi persembahan dari persembahan zapin, silat, kompang sehinggalah persembahan autoshow yang kesemuanya dari Kampung Gelang Chinchin.

Ini merupakan percubaan kali ke-4, Kampung Gelang Chinchin menyertai Anugerah Desa Perdana, dan akhirnya, setelah percubaan kali ke-4 ini, Kampung Gelang Chinchin telah menempah kejayaan yang cukup bermakna. Kini persiapan rapi sedang dijalankan untuk bertanding keperingkat negeri mewakili daerah Segamat. Moga ada tempat. Moga Allah berkati usaha kami...


Berikut merupakan antara gambar kenangan yang sempat dirakam oleh lensa kamera tetamu-tetamu yang hadir











































sumber gambar daripada :