Monday, June 30, 2014

Buah Kurma ? Buah Tamar? di bulan Ramadhan





       Ramadhan datang lagi. Oleh itu, dibulan mulia ini, ramai muslimin dan muslimat mengambil kesempatan untuk memperkukuh ibadah. Jadi, amalan pemakanan haruslah dijaga sepanjang bulan Ramadhan ini. Kami mengesyorkan anda amalkan memakan buah Kurma atau nama lain bagi buah ini ialah huah "Tamar".

      Tidak hairan jika dikatakan buah Kurma menjadi pilihan muslimin da muslimat diseluruh dunia termasuk Malaysia untuk juadah berbuka puasa mahupun ketika bersahur kerana ianya menjadi amalan Nabi Muhammad SAW dan apabila terbenamnya matahari iaini waktu berbuka puasa, hukumnya Sunat apabila berbuka dimulakan dengan memakan buah Kurma.

        Malah dalam kitab suci al-Qur'an, terdapat 21 ayat yang menyebut perihal kurma. Baginda sendiri telah menyebut beberapa kali perihal kurma dan khasiatnya., dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah Baginda.

        "Kemudian Kami tumbuhkan kerana kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana, kamu peroleh buah-buahan yang banuak dan sebahagiannya kamu makan".
                                         
                                    Al-Mukminah ayat 19

        "Sesiapa yang memakan 7 biji buah tamar 'Ajwah", dia akan terkawal dari kejutan syaitan dan sihir hari itu'"
                                                                                                              Sabda Rasulullah SAW
   





          Dari Akhbar Harakah Daily dari artikal bertajuk "kurma buah paling berkhasiat dalam dunia" telah menyediakan pembaca dengan informasi "tahukah anda?" & "Percayakah anda" tentang buah Kurma. Berikut merupakan bingkisan dari informasi tersebut.....  


• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

• Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

• Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?




Saturday, June 28, 2014

Sk Gelang Chinchin? itu sekolah kami

Sejarah Sekolah Kebangsaan Gelang Chichin

            Pada tahun 1938, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar telah berangkat memburu di sebuah kawasan hutan berhampiran Kampung Gelang Chinchin. Sekembalinya dari berburu, baginda telah menitahkan kepada Naib Penghulu Sermin agar mendirikan sebuah sekolah di Kampung Gelang Chinchin. Baginda mahukan agar penduduk Kampung Gelang Chinchin mendapat ilmu pengetahuan yang secukupnya. Baginda juga bermurah hati mendermakan wang sebanyak lima ratus ringgit kepada penduduk Kampung Gelang Chinchin untuk mendirikan sebuah sekolah.
Naib Penghulu Sermin Bin Abd. Rahman juga telah bermurah hati menghadiahkan sebidang tanah seluas satu suku ekar untuk mendirikan sekolah. Dengan sumbangan wang dan tanah tersebut maka pada tahun 1938 terdirilah sebuah sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Melayu Kampung Gelang Chinchin. Bangunan sekolah ini didirikan hasil gotong royong dan pemuafakatan masyarakat penduduk Kampung Gelang Chinchin sendiri. Bangunan asalnya bertiangkan batang pinang dan beratapkan daun rumbia. 

             Pada tahun 1968 sebuah bangunan baru didirikan. Setelah siap bangunan baru itu, maka sekolah tersebut telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Gelang Chinchin.
Pada tahun 1974, bangunan asal Sekolah Kebangsaan Gelang Chinchin telah diganti dengan tiga bangunan baru iaitu sebuah bangunan dua tingkat, sebuah bangunan batu satu tingkat dan sebuah bangunan separuh papan serta sebuah kantin. Pada tahun 1997, Sekolah Kebangsaan Gelang Chinchin telah mendapat peruntukan sebanyak RM35 ribu untuk menambah ruang kantin dan membesarkan bilik guru dan pejabat.



Gambar ini diambil sekitar tahun 2011 , ketika ini sekolah ini sedang dalam pembinaannya untuk menerima sebuah 2 buah banggunan empat tingkat yang dilengkapi makmal sains, perpustakaan, bilik guru, bilik komputer, pejabat sekolah, kantin, taska, dan taman permainan.



Tinggal kenangan, gambar menunjukkan banggunan lama yang kini tapaknya adalah sebuah padang. 

Lambang Sekolah Kebangsaan Gelang Chinchin

Thursday, June 26, 2014

Facebook kampung kami?? Bagus atau tidak?

     


       Facebook... bak kata najwa latif... "Muka Buku" ... boleh dikatakan agak penting.. kerana tahap kepenggunaannya telah dinaik taraf bukan sahaja untuk berkomunikasi, malah ianya juga untuk menghantar file, gambar, audio, video dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, anak-anak kampung telah mengambil langkah yang wajar untuk membina "Facebook Group" untuk kampung ini sebagai medium penduduk kampung bertukar pandangan, meluahkan perasaan dan juga sebagai tempat untuk sebarang hebahan atau pemberitahuan tentang majlis-majlis atau aktivti-aktiviti yang berlangsung di Kampung Gelang Chinchin.

      Oleh itu, untuk anda ke laman facebook kami...  hanya klik sini (Gelang Chinchin)
Berikut merupakan sedikit "ScreenShot" dilaman Facebook kampung kami... :)


Laman Facebook kampung Gelang Chinchin

Antara kiriman yang dikirim oleh ahli group

            Laman "Facebook" Kg Gelang Chinchin ini telah dikawal selia oleh 3 orang admin. Mereka akan menapis setiap kiriman yang dikirim. Kiriman berunsur hasutan, fitnah, atau komen-komen berbaur negatif akan di padam serta-merta... Jadi hati-hati dengan setiap komen ataupun kiriman. Selain dari itu, jika ada mana-mana ahli Group yang ingin berniaga, boleh mencipta sebuah album dan komen sahaja walaupun komen tersebut berbentuk "." untuk menaikkan semula post. Elakkan mengirim perkara sama berulang kali jika tidak mahu kiriman tersebut dipadam. Sensetiviti setiap pengguna harus juga difikir sebelum mengirim sesuatu.

 ps : Gunakan Facebook sebagai laman yang mampu mendidik.


























Kemenangan JDT kebanggan kami

           Pada tanggal 25/6/2014 , seluruh rakyat Negeri Johor bersama-sama meraikan kejayaan Pasukan Bola Sepak yang mewakili Negeri Johor iaitu pasukan Johor Darul Takzim telah melakar kejayaan apabila bergelar Juara Liga Super 2014. Kejayaan tersebut seterusnya menjadikan pasukan kesayangan rakyat Negeri Johor layak ke AFC (Asian Football Cup). Kami sebagai rakyat Johor turut melahirkan rasa terharu dan bangga atas kejayaan tersebut.



              Selesa diatas dengan kedudukan 44 mata berbeza 3 mata dengan kedudukan pasukan Selangor telah menjadikan Pasukan JDT juara bagi tahun 2014. Walaupun begitu, pujian harus diberikan kepada pasukan Sarawak yang berhempas pulas untuk memastikan JDT tidak menang mudah harus diberi penghargaan. Berakhir Liga Super 2014 maka tinggal satu lagi piala yang akan menjadi rebutan. Semoga pasukan JDT berjaya di Liga Malaysia......

Sumber : dari laman Facebook JOHOR Southern Tigers

Selain dari itu, sempena kemenangan JDT menjuarai Liga Super , sebuah majlis sambutan telah dibuat pada hari semalam di Staidum Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos. Kemeriah sambutan tersebut dimulakan dengan ucapan dari DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Memetik kata-kata TMJ.. "Saya akan lakukan apa saja untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor".. kata-kata penuh semangat seiring dengan kebangkitan JDT dalam arena bola sepak Negeri Johor....

klik link ini untuk menonton rakaman video sambutan Juara Liga Super 2014 : http://southerntigers.tv/





















Durian OHHH durian....

       Durian... Bila kita sebut tentang durian...  Semestinya ramai yang menelan air liur... Keenakkannya tidak diapat disangkal lagi sehingga buah durian digerlar raja buah....
     
              Kampung Gelang Chinchin merupakan sebuah kampung yang terletak didaerah Segamat di Negeri Johor sememangnya telah menghasilkan buah durian yang diiktiraf kesedapannya. Mungkin faktor bentuk muka buminya dan faktor tanah dimana pokok durian itu ditanam menjadikan buah durian dari Kampung ini terkenal didaerah itu, malah ada juga pelancong dari luar negara termasuk dari Singapura telah menguji kesedapan Durian dari kampung kami.

              Ketika ini merupakan musim durian di daerah kami. Maka ramai saudara-mara jauh dan dekat telah berkumpul untuk menikmati rasa durian yang enak kali ini.








Gambar ini dirakam pada 15/6/2014



Pada tahun 2008, akhbar kosmo diruangan rencana utama menjadi saksi akan keistimewaan buah durian dari Kampung kami... (klik "rencana utama" untuk ke page Kosmo).    Disini, kami paparkan secara jelas "ScreenShot" Artikal dari Kosmo diruangan "Rencana Utama".














Blog Baru untuk Kampung Gelang Chinchin






12.28a.m 27/6/2014 : Assalamualaikum wkt.... salam sejahtera... salam satu malaysia... hari ini... Satu blog baru untuk Kampung Gelang Chinchin menggantikan dua blog lama telah dibina sebagai wadah penduduk kampung mendapat informasi terkini selain daripada menggunakan laman sosial Facebook. Diharap, kunjungan daripada para blogger dan pengunjung laman ini mampu memberi pandangan dan kritikan membina untuk kita perbaiki kelemahan yang harus diminimakan....