Thursday, June 26, 2014

Facebook kampung kami?? Bagus atau tidak?

     


       Facebook... bak kata najwa latif... "Muka Buku" ... boleh dikatakan agak penting.. kerana tahap kepenggunaannya telah dinaik taraf bukan sahaja untuk berkomunikasi, malah ianya juga untuk menghantar file, gambar, audio, video dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, anak-anak kampung telah mengambil langkah yang wajar untuk membina "Facebook Group" untuk kampung ini sebagai medium penduduk kampung bertukar pandangan, meluahkan perasaan dan juga sebagai tempat untuk sebarang hebahan atau pemberitahuan tentang majlis-majlis atau aktivti-aktiviti yang berlangsung di Kampung Gelang Chinchin.

      Oleh itu, untuk anda ke laman facebook kami...  hanya klik sini (Gelang Chinchin)
Berikut merupakan sedikit "ScreenShot" dilaman Facebook kampung kami... :)


Laman Facebook kampung Gelang Chinchin

Antara kiriman yang dikirim oleh ahli group

            Laman "Facebook" Kg Gelang Chinchin ini telah dikawal selia oleh 3 orang admin. Mereka akan menapis setiap kiriman yang dikirim. Kiriman berunsur hasutan, fitnah, atau komen-komen berbaur negatif akan di padam serta-merta... Jadi hati-hati dengan setiap komen ataupun kiriman. Selain dari itu, jika ada mana-mana ahli Group yang ingin berniaga, boleh mencipta sebuah album dan komen sahaja walaupun komen tersebut berbentuk "." untuk menaikkan semula post. Elakkan mengirim perkara sama berulang kali jika tidak mahu kiriman tersebut dipadam. Sensetiviti setiap pengguna harus juga difikir sebelum mengirim sesuatu.

 ps : Gunakan Facebook sebagai laman yang mampu mendidik.


























0 comments:

Post a Comment