Saturday, May 23, 2015

Apa itu Brain Aneurysm

#PengetahuanAm





Assalamualaikum w.k.t & Selamat Sejahtera


Mengenai isu brain aneurysm, yang menjadi viral isu ini kerana pecah nya aneurysm kerana pelajar tersebut kurang tidur.

Kena tahu apa itu aneurysm dulu, ia adalah kelainan salur darah, oleh kerana penipisan salur darah arteri. Bahagian yang nipis agak membengkak dan membentuk seperti belon (bulging and ballooning) 

Brain aneurysm pecah kerana tekanan dan akhirnya akan menyebabkan perdarahan otak.

Faktor risiko, boleh jadi genetik dan persekitaran (environment) atau kedua-duanya. Antaranya darah tinggi, merokok, tinggi kolesterol, sejarah keluarga yang ada aneurysm, aneurysm sudah terbentuk sejak lahir, umur (>40 tahun), kecerderaan kepala, penyakit ginjal etc.

Perempuan lebih mudah mendapat brain aneurysm dari lelaki.

Susah nak mengesan aneurysm, kerana TIDAK ADA GEJALA. Kita akan jumpa gejala setelah aneurysm PECAH.

Dalam kes ini, saya boleh simpulkan:

Pertama, tidak ada data yang kuat mengatakan KURANG TIDUR adalah punca aneurysm pecah.

Kedua, penyebabnya tidak pasti, kerana saya tiada data pesakit untuk membuat kesimpulan, boleh kerana genetik atau persekitaran atau kedua-duanya.

Kebanyakan kes tidak ada cara nak mencegah, tetapi kita dapat kurangkan risiko aneurysm pecah dengan mengubah gaya hidup; banyak bersenam, kurangkan berat badan, berhenti merokok, tidak menggunakan dadah terlarang seperti kokain.

Akhirnya, jika anda melihat kawan anda sakit kepala yang amat secara tiba-tiba, pening muntah, sakit mata melihat cahaya, ada gejala seperti strok, segera bawa jumpa doktor, dan mungkin anda dah selamatkan satu nyawa..

#MasyarakatKenaTahu




Sumber :    khairulhafidz.alkhair

Pertandingan Nasyid Peladang Nita



#IsuSemasaKampung






9 Mei 2015 telah pun berlangsung Pertandingan Nasyid Sempena Hari Cinta Rasul Anjuran Peladang Daerah Segamat dimana Kumpulan Nur Iman dari Kg Gelang Chinchin telah pun mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan ini telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Peladang Daerah Segamat. 


Membawa lagu yang bertajuk "Ya Rasulullah" telah menempatkan kumpulan ini di tempat yang ke-5 telah menjadi satu titik tolak yang baik untuk meneruskan aktiviti Dakwah dengan Lagu bagi Kumpulan Nur Iman ini. 

Kumpulan ini telah dilatih oleh Ustaz Mohd Ashraff Suhaimi dan telah diketuai oleh Pn.Rozita Harun telah memulakan latihan untuk Pertandingan ini pada 29 April 2015. Hasil temubual eksklusif dengan salah seorang ahli Kumpulan Nur Iman, Pn. Roslina Abd Wahab, beliau bagi pihak Kumpulan Nur Iman telah mengulas.."Kami akan belajar dari kesilapan, dan akan tetap melakukan yang terbaik malah akan tetap menyertai Pertandingan yang lain pada masa akan datang".   


Johan bagi pertandingan ini telah disandang oleh Kumpulan Nasyid dari Unit Peladang Nita Sedeng. Tempat kedua juga telah disandang oleh Kumpulan Nasyid dari Unit Peladang Nita Sedeng dan Tempat ke-3 telah disandang oleh Unit Peladang Nita Bumbun. 

Semoga Kumpulan Nur Iman lebih maju pada masa akan datang. 






Ahli Kumpulan Nasyid Nur Iman : dari kiri.. Pn.Fauziah Tokiman, Pn.Rashidah Ahmad, Pn.Rozita Harun(Ketua Kumpulan), Pn.Rosnani Yatim, Pn.Azizah Mohd Said, Pn.Zailily Taib, Pn.Roslina Abd Wahab dan Puan.Azizah Ismail.



Ketika sesi latihan, gambar bersama Jurulatih Nasyid Ustaz Mohd Ashraff Suhaimi.

Wednesday, May 20, 2015

Karnival Sukan Rakyat dan Kempen Gaya Hidup Sihat 2015 - Kg Gelang Chinchin


#IklanKampung #HebahanKampung




Assalamualaikum..
Warga kampung Gelang Chinchin adalah dijemput untuk bersama-sama menyertai pelbagai acara menarik dalam Karnival Sukan Rakyat & Kempen Gaya Hidup Sihat anjuran Komuniti Mukim Sermin, JKKK Gelang Chinchin, KRT Kg Gelang Chinchin dan UMNO Cawangan Gelang chinchin. 

Kempen ini akan berlangsung pada tarikh dan waktu seperti berikut :

Tempat :  Padang Awam Kg Gelang Chinchin
Tarikh : 6/6/2015 (sabtu)
waktu : 7.00 am - 6.00 pm



Senarai Acara Karnival Sukan Rakyat :

1. Senam Robik atau Senam Seni
2. Merentas desa dewasa
3. Merentas desa kanak-kanak sekolah
4. Pertandingan Memasak
5. Pertandingan Dam Haji
6. Pertandingan Bola Sepak
7. Peraduan mewarna
8. Pertandingan  Bowling Buah Kelapa
9. Acara meniup belon (wanita)
10. Karaoke (terbuka)
11. Teka Barang
12. Pertandingan Tarik tali dewasa
13. Pertandingan anyam ketupat
14. Pertandingan Gusti Lengan(Lelaki)






Tentatif Karnival Sukan Rakyat

7.00 am - Kehadiran Peserta dan Penduduk Kampung
7.30 am - Bacaan doa & Senam Robik
8.00 am - Merentas Desa
10.00 - Acara Padang & Pertandingan Karaoke
12.00 pm - Rehat/Solat Zohor
2.00 pm - Acara Padang, Pertandingan Masakkan dan Pertandingan Karaoke
4.00 pm - Ucapan Penutupan
5.00 pm - Penyampaian hadiah dan cenderahati
6.00 pm - Bersurai


Sebarang Pertanyaan sila hubungi :
En.Abd Razak bin Atan (019-7417380)
(Urusetia Penyelaras Karnival Sukan Rakyat & Kempen Gaya Hidup Sihat 2015 - Kg Gelang Chinchin)


Kehadiran seluruh penduduk kampung dan Sekitar adalah sangat-sangat dihargai. 

#Segala Maklumat akan di kemaskini dari semasa ke semasa







Tuesday, May 19, 2015

ZALIM!!! - Bayi dikerat 15



19/5/2015
 #IsuSemasa

Dunia semakin nazak. Ini adalah ungkapan terbaik bagi menggambarkan situasi yang semakin kejam dewasa ini. Gempar dan viral di media elektronik dan media sosial apabila penemuan mayat bayi yang telah dikerat 15 di Kawasan Loji Kumbahan berhampiran kawasan perumahan PPR Kempas Permai dekat Johor Bahru Kelmarin. Manusia sudah dewasa ini sudah kembali ke Zaman Jahiliah.







Berikut merupakan kearatan artikal dari AKhbar Berita Harian yang melaporkan kejadian tersebut.



Dan dibawah meruapakan reaksi rakyat Malaysia yang melahirkan kekesalan dan pandangan mengenai kes ini. Pandangan rakyat Malaysia ini diambil dari laman sosial facebook dari pelbagai Page yang turut berkongsi mengenai kes ini.










Perkongsian Ilmu

KELAHIRAN BAYI ADALAH AMANAH ALLAH SWT KEPADA ORANG TUA   


                Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan, dan di sisi Allah-lah pahala yang besar." (Q.S. Ath Taghabun :15)
Kelahiran anak di dalam sebuah keluarga memang menceriakan dan mengembirakan. Sejajar dengan fitrah manusia yang memiliki kasih sayang dan ingin disayangi, anak-anak adalah pembawa kegembiraan.

           Selain itu anak adalah anugerah dari Allah SWT yang diamanahkan kepada para orang tua yang harus dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya agar mereka bisa mendapatkan keselamatan di dunia dan di akhirat. Dengan amanah itu, para orangtua memiliki kewajiban untuk mendidik anak-anaknya agar tumbuh dan berkembang menjadi anak yang shaleh atau shalehah. Bila sukses menjadikan semua anaknya menjadi manusia yang taat kepada Allah, maka orangtua akan memperoleh kemuliaan di dunia. Bahkan, kelak di alam kubur ia akan mendapatkan ganjaran. Karena pahala yang terus mengalir dari amal shaleh dan do'a yang dipanjatkan anak-anaknya. Dalam keadaan seperti ini, anak-anak adalah investasi menggiurkan dan menjanjikan keuntungan yang berlipat ganda di kemudian hari. Rasulullah SAW bersabda : “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak sholeh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)

                          Sebaliknya, kesalahan dalam mendidik anak, akan menghantarkan orangtua kepada kehidupan yang hina. Anak durhaka, tidak taat kepada Allah dan rasulnya, akan menjadi penyebab hancurnya nama baik keluarga, masyarakat, bahkan sebuah negara. Dan di pengadilan akhirat, Allah SWT akan menuntutnya karena menyebabkan keturunannya menjadi manusia yang durhaka kepada-Nya. Imam Al Ghazali mengatakan, “Anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. Hatinya yang masih suci merupakan mutiara yang masih polos tanpa ukiran dan gambar. Ia siap diukir dan cenderung kepada apa saja yang mempengaruhinya. Jika ia dibiasakan dan diajarkan untuk berbuat kebaikan, ia kan tumbuh menjadi anak yang baik. Dengan begitu, kedua orang tuanya akan berbahagia di dunia dan akhirat. Demikian juga guru dan pendidiknya. Sedangkan apabila ia dibiasakan berbuat jahat dan dibiarkan begitu saja seperti membiarkan binatang ternak, maka ia akan sengsara dan binasa. Dosanya pun akan dipikul oleh orang yang bertanggung jawab untuk mengurus dan walinya.
                        Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi sebagaimana seekor hewan melahirkan seekor hewan yang sempurna. Apakah kau melihatnya buntung?” kemudian Abu Hurairah membacakan ayat-ayat suci ini: (tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebagian besar manusia tidak mengetahui (Q.S.Ar Rum:30) Berdasarkan ini, Abul ‘Ala mengatakan melalui syairnya: Anak-anak kita akan tumbuh menurut apa yang dibiasakan oleh orang tuanya. Anak tidaklah menjadi tercela oleh akalnya namun orang-orang dekatnya yang membuatnya hina. Jika rumah mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan anak, maka untuk mewujudkan tujuan diatas rumah harus diliputi oleh segala hal yang bisa menanamkan ruh keagamaan dan keutamaan terhadap jiwa anak. Ini artinya, orangtua memiliki peran utama dalam menentukan masa depan anak-anaknya. Termasuk keyakinan yang akan dipegangnya. Tidak jarang seseorang menjadi murtad (keluar dari agama Islam), akibat kedua orangtuanya tidak memberikan pendidikan agama yang benar kepadanya. Oleh karena itu, pendidikan terhadap anak (tarbiyatul aulad) dalam ajaran Islam adalah sebuah keniscayaan. Sesibuk apapun orangtua, pendidikan terhadap anak tidak boleh diabaikan. Setinggi apapun jabatan orangtua, tanggung jawab tetap ada pada dirinya, bukan pada pendidik yang dibayarnya. Rasulullah SAW. bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya."
                                     Mendidik anak yang sesuai ajaran Islam memang tidak mudah. Namun, menjadikan anak agar sesuai dengan harapan orangtua, juga tidak sulit. Bila kita mengembalikan teknik mendidik anak kepada konsep mendidik yang telah diajarkan Rasulullah, maka akan lebih mudah lagi. Yang dibutuhkan adalah kesungguhan, kesabaran, dan keistiqmahan dalam mencari ilmu pendidikan anak dan mengamalkannya. Semoga Allah SWT memudahkan dan meringankan tanggung jawab kita dalam mengemban amanah pendidikan anak menuju terwujudnya anak yang sholeh dan sholehah. Wallahu A’lam
            

Sunday, May 17, 2015

Mesyuarat Agung Kumpulan Kendarat 2015




Berikut merupakan sekitar gambar Mesyuarat Agung Tahunan Kumpulan Kendarat Kampung Gelang Chinchin

Untuk makluman, Kumpulan Kendarat Kg Gelang Chinchin telah ditubuhkan pada April 1996(sudah menjangkau 19 tahun tertubuh), dan pengerusi pertama Kumpulan Kendarat Kg Gelang Chinchin ialah Pn.Hajah Fatimah Binti Othman@ Abdul Rahman.

Kumpulan Kendarat Kg Gelang Chinchin dibarisi wanita-wanita Kg Gelang Chinchin dan menjalankan tugas di setiap majlis keraian kampung termasuklah majlis walimatulurus. Semoga kumpulan Kendarat Kg Gelang Chinchin lebih sukses pada masa akan datang.








Pertandingan Musabaqah Peringkat Parlimen Segamat




Berikut merupakan gambar-gambar kenangan ketika Pertandingan Musabaqah Peringkat Parlimen Segamat yang telah dianjurkan oleh Sekolah Agama Hajah Nomah Kampung Gelang Chinchin. Pertandingan yang telah dilangsungkan dengan jayanya pada tanggal 7 Mei 2015 merupakan pertandingan yang berjaya mencungkil bakat-bakat muda khususnya. Semoga pertandingan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penyertaan yang lebih ramai. 











Aktiviti KRT - Nasi Arab

Unit KRT kampung dalam aktiviti belajar memasak nasi arab yang telah berlangsung pada 10 Mei 2015...  Berikut merupakan sedikit perkongsian gambar sepanjang aktiviti KRT berlangsung.....
















Disini kami kongsikan Resepi memasak Nasi Arab ... selamat mencuba...


Nasi Arab 

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi PUSA -dicuci dan direndam selama 20 min
4.5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti air mengikut jenis beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning

Bahan utk menumis:
1 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih- dimayang halus

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk


Stok Ayam (utk masak nasi)

1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat:

Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
Kemudian angkat dan toskan ayam. Tapiskan air rebusan utk masak nasi.

Ayam Panggang 


Bahan Perapan:

1 sudu teh zaffran - akak ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk rempah kabsah (lihat bawah utk resepinya)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam

Aluminium foil utk balut/bungkus

Cara membuat:

Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.


Sos Salata: 

Bahan-bahan:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.
Cara penyediaan:

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur.
HomeMade Rempah Kabsah (Sumber Raidah)

Bahan - bahan:


1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa.
Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.







Sambutan Hari Guru 2015 Skgc

Perkongsian gambar sekitar sambutan Hari Guru Skgc 2015

Sambutan hari guru  di Sekolah Kebangsaan Kg Gelang Chinchin telah dirasmikan oleh  Yb Norshida Ibrahim Adun Kawasan Buloh Kasap. Beliau hadir bukan sahaja untuk meraikan sambutan hari guru, malah turut berbesar hati menyampaikan Kek dan Plug sempena sambutan Hari Guru bagi tahun 2015