Saturday, May 23, 2015

Apa itu Brain Aneurysm

#PengetahuanAm





Assalamualaikum w.k.t & Selamat Sejahtera


Mengenai isu brain aneurysm, yang menjadi viral isu ini kerana pecah nya aneurysm kerana pelajar tersebut kurang tidur.

Kena tahu apa itu aneurysm dulu, ia adalah kelainan salur darah, oleh kerana penipisan salur darah arteri. Bahagian yang nipis agak membengkak dan membentuk seperti belon (bulging and ballooning) 

Brain aneurysm pecah kerana tekanan dan akhirnya akan menyebabkan perdarahan otak.

Faktor risiko, boleh jadi genetik dan persekitaran (environment) atau kedua-duanya. Antaranya darah tinggi, merokok, tinggi kolesterol, sejarah keluarga yang ada aneurysm, aneurysm sudah terbentuk sejak lahir, umur (>40 tahun), kecerderaan kepala, penyakit ginjal etc.

Perempuan lebih mudah mendapat brain aneurysm dari lelaki.

Susah nak mengesan aneurysm, kerana TIDAK ADA GEJALA. Kita akan jumpa gejala setelah aneurysm PECAH.

Dalam kes ini, saya boleh simpulkan:

Pertama, tidak ada data yang kuat mengatakan KURANG TIDUR adalah punca aneurysm pecah.

Kedua, penyebabnya tidak pasti, kerana saya tiada data pesakit untuk membuat kesimpulan, boleh kerana genetik atau persekitaran atau kedua-duanya.

Kebanyakan kes tidak ada cara nak mencegah, tetapi kita dapat kurangkan risiko aneurysm pecah dengan mengubah gaya hidup; banyak bersenam, kurangkan berat badan, berhenti merokok, tidak menggunakan dadah terlarang seperti kokain.

Akhirnya, jika anda melihat kawan anda sakit kepala yang amat secara tiba-tiba, pening muntah, sakit mata melihat cahaya, ada gejala seperti strok, segera bawa jumpa doktor, dan mungkin anda dah selamatkan satu nyawa..

#MasyarakatKenaTahu




Sumber :    khairulhafidz.alkhair

0 comments:

Post a Comment