Monday, March 30, 2020

MyTV Decoder - Perlu Beli ke Tak?



Kenapa Perlu? 

            Perubahan dari teknologi daripada Analog kepada Digital . Malah negara-negara ASIAN telahpun bersetuju untuk perubahan tersebut.  Perubahan teknologi tersebut memberi kesan kepada pengguna dimana pengguna akan menikmati siaran yang lebih jelas (beresolusi tinggi) dan audio yang lebih mantap. Ini bermakna, pada suatu ketika nanti, pengguna yang masih memilih untuk menggunakan siaran Analog (TV tanpa decoder) tidak akan mendapat siaran walaupun ianya siaran Televisyen Percuma. 


               Projek Mytv Decoder ini telah dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia(KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM). Di bawah projek ini juga, rakyat Malaysia ada yang terpilih untuk menerima Decoder Mytv Percuma

Jadi perlu atau tidak? jawapannya PERLU .

- Pelbagai jenis decorder ada dijual, pengguna hanya perlu bijak memilih.





Thursday, February 8, 2018

Tahniah - YBhg. Datuk Dr. Mohd Shah bin Mahmood







Alhamdulillah, kejayaan seorang lagi anak kampung. Ucapan Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Dr. Mohd Shah (Ketua Jabatan Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur) atas pengurniaan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) Wilayah Persekituan 2018

Berikut juga merupakan ucapan terima kasih kembali  daripada YBhg. Datuk Dr. Mohd Shah kepada seluruh warga laman sosial sahabat Facebook Kg Gelang Chinchin.








Monday, January 8, 2018

Lagu Rasmi Kampung Gelang Chinchin - Muafakat Menjulang Kecemerlangan

Bumi Indah Bumi Bertuah
Tempat Lahir Anak Sejati
Terpahat Hati Jantung Berdetik
Desa Tercinta Ada Disini

Indahnya Puteri.. Putera Terpana
Menolak Rasa Dicabarnya Dia
Dari Situ Kisah Bermula
Menjadi Ilham Pada Yang Tua
Dari Situ Kisah Bermula
Menjadi Ilham Pada Yang Tua


Bumi Indah Bumi Bertuah
Tempat Lahir Anak Sejati
Terpahat Hati Jantung Berdetik
Desa Tercinta Ada Disini

Indahnya Puteri.. Putera Terpana
Menolak Rasa Dicabarnya Dia
Dari Situ Kisah Bermula
Menjadi Ilham Pada Yang Tua
Dari Situ Kisah Bermula
Menjadi Ilham Pada Yang Tua


Muafakat Hidup Didesa kita
Muafakat Bersama Menjadi Berkat
Tua Dan Muda Hidup Ceria
Moga Di Desa Hidup Dirahmat
Tua Dan Muda Hidup Ceria
Moga Di Desa Hidup Dirahmat

Muafakat Menjulang Kecemerlangan
Muafakat Menjulang Kecemerlangan
Muafakat Menjulang Kecemerlangan










Tuesday, June 6, 2017

MyKad Hilang? apakah tindakan anda?

       

        Kad Pengenalan merupakan dokumen pengenalan diri yang dianugerahkan kepada seseorang individu bagi mengiktiraf kerakyatan seseorang . Di Malaysia sendiri setiap rakyat yang diiktiraf mempuyai dokumen pengenalan sendiri. Sebelum kita menggunakan dokumen pengenalan diri yang terkini iaitu "Mykad" terdapat beberapa versi. Antaranya adalah seperti berikut :


  • Tahun 1966 



  • Tahun 1990



  • Tahun 2000






                 Dari tahun ketahun teknologi semakin berkembang. Maka bermula pada tahun 2000, MyKad telah diperkenalkan bagi menggantikan Kad Pengenalan yang lama. Dengan ciri-ciri baru termasuklah kad yang lebih keras, cip juga ditambah bagi mengelakkan ada unsur pemalsuan kad identiti malah no kad pengenalan juga digabungkan tarikh lahir , kod kawasan tempat dilahirkan dan 4 nombor terakhir ganjil bagi setiap seorang penduduk yang layak menerima MyKad sebagai pengenalan diri.  Malah terdapat juga unsur-unsur lain yang boleh dikenalpasti sebagai ciri-ciri Mykad yang asli.  Malah pada tahun 2012 juga ciri-ciri yang terdapat pada Mykad pada tahun 2000 telah ditambah baik dimana pelbagai urusan seperti urusan perbankkan, urusan jual beli, malah untuk urusan lalu lintas seperti menjadikan Mykad sebagai kad "Touch and Go". Malah pada tahun 2005, Malaysia telah mengeluarkan "MyKid" tapi ianya tanpa gambar individu dan bewarna Pink. Mykid adalah untuk kanak-kanak yang lahir di Malaysia bagi menggantikan sijil kelahiran seorang bayi . Malah bagi mereka yang bertaraf permastautin tetap juga akan diberikan kad pengenalan diri yang diberi nama "MyPR" dan ianya berwarna merah. 

  • 2005 - MyKid



  • MyPr



BAGAIMANA JIKA MYKAD ANDA HILANG??

Hilang... sudah pasti indvidu yang terlibat perlu memohon semula. Sedikit info untuk anda dari Facebook Jabatan Pendaftaran Negara . Dan informasi lebih lanjut boleh rujuk kepada gambar yang telah disertakan. 









**simpan baik-baik... jangan sampai hilang semua... 
semoga info yang disampaikan bermanfaat buat semua.. 






Saturday, May 27, 2017

Fidget Spinner - Apa itu Fidget Spinner? anda tahu ke?

Apa itu "Fidget Spinner".  Baru-baru ini viral dimedia sosial akan kewujudan gadget Fidget Spinner.  Jadi berlumba-lumbalah umat manusia mendapatkan Fidget Spinner ini.  Ada sesetengah pengguna apabila ditanya sememangnya tidak tahu apakah fungsi ataupun tujuan asal gadget ini dicipta. Sedangkan ramai yang memiliki gadget ini dan memusingkannya di celah jari pemiliknya.

             
Fidget Spinner yang menjadi viral 


                Mari kita berkenalan dahulu dengan pencipta gadget ini.  Beliau adalah Catherine A Hettinger yang berasal daripada Florida, Amerika Syarikat.  Tujuan penciptaan gadget ini pada asalnya adalah untuk membuang tabiat tanpa sedar  sesetengah individu seperti mengigit kuku atau salah satu cara untuk menghilangkan rasa bosan. Malah ada sesetengah pendapat,  menyatakan bahawa Fidget Spinner ini dapat membantu merawat sesetengah pesakit yang berdepan dengan masalah psikologi seperti mudah hilang fokus dan mudah berasa cemas.

             Dan setelah gadget ini menjadi viral di media sosial,  maka berduyun-duyunlah penjual menjual Fidget Spinner ini tidak kira sama ada secara online ataupun kedai gadget malah ianya mudah didapati di bazar karat,  downtown   carboot sales dan sebagainya kerana permintaan yang cukup tinggi.  Malah,  kini Fidget Spinner mempunyai pelbagai versi dan dapat dibezakan  dari segi design,  warna,  malah ada juga dalam bentuk DIY..  hanya kekreatifan sahaja yang membezakan sesebuah Fidget Spinner.

           Tetapi awas!!!  permainan ini mungkin tidak sesuai dimainkan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke bawah, kerana telah menjadi viral juga berkenaan  seorang kanak-kanak hampir menjadi buta akibat Fidget Spinner ini.  Bagi admin mencegah lebih baik dari mengubati  jika pendedahan kepada sesuatu alatan kepada individu yang dirasakan tidak sesuai   hal ini harus dipantau supaya tidak memudaratkan pengguna tersebut.  Bukan sahaja Fidget Spinner,  malah gadget-gadget yang lain juga.


Ini adalah contoh bagaimana Fidget Spinner dimainkan 

Fidget Spinner dapat dibezakan dari segi design,  warna  dan sebagainya 







#anakGcc 
  • #Segamat #Kgcc 


Program Ziarah Kasih bersama Komuniti Kg Gelang Chinchin

Kg Gelang Chinchin,  Segamat -  Program Ziarah Kasih bersama komuniti Kg Gelang Chinchin telah berjaya dilaksanakan pada 23 Mei 2017 yang lepas.  Program ini merupakan program  yang telah membawa Yb Hajah Norshida Ibrahim ADUN Kawasan Buloh Kasap bersama dengan komuniti terlibat yang juga terdiri daripada JKKK Kampung Gelang Chinchin bersama - sama belia dan beliawanis Kg Gelang Chinchin untuk mengunjungi golongan-golongan yang memerlukan di dalam kampung Gelang Chinchin itu sendiri. 

             Penyampaian sumbangan dalam bentuk barang keperluan asas seperti beras, gula dan susu diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung golongan yang memerlukan terutama pada bulan ramadhan tahun ini. Sesi kunjungan Yb ADUN Buloh Kasap ini bukan sahaja untuk Kampung Gelang Chinchin,  malah beberapa kampung lain juga turut memperoleh manfaat yang sama hasil daripada program kebajikan seperti ini.







#anakGcc
#Kgcc
#Segamat

Tuesday, May 23, 2017

Pertandingan Badminton Tertutup - Kampung Gelang Chinchin 2017 - Senarai Penuh Nama Pemenang




Kampung Gelang Chinchin, Segamat - Pertandingan Badminton Tertutup Kampung Gelang Chinchin 2017 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna Kampung Gelang Chinchin. Dianjurkan oleh KOSPEN Kampung Gelang Chinchin bersama-sama dengan Kelab Belia Kampung Gelang Chinchin, ianya telah melibatkan seramai 42 orang peserta terdiri daripada peserta lelaki dan peserta wanita.

                 Majlis penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh En Abd Rahman bin Hj Atan dan Tn Hj Hamzah bin Alias selaku wakil Ketua Kg Gelang Chinchin. Pertandingan yang telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 21hb Mei 2017 ini telah berakhir dengan jayanya  pada 22hb Mei 2017. Berikut merupakan senarai penuh Pemenang Pertandingan Badminton Tertutup Kg Gelang Chinchin tahun 2017.


                        
                        Kategori  Dewasa
                        Johan - Haizril & Hasrizal
                        N. Johan - Fauzee n Syed
                        Tempat ke 3 - Johar n Mohd Izzatsim        


                
                         Kategori  Remaja
                         Johan    - Shazwan &  Afiq 
                         N. Johan - Shahril & Farizan
                         Tempat ke-3 - Iqbal & Hakimi                        


                         Kategori Veteren
                         Johan - Zaidi &  Johari
                         N. Johan - Sulaiman &  Haron
                         Tempat ke-3 - Shahdan &   Amil                        



                         Kategori Wanita
                         Johan  - Roslina & Norliza
                         N. Johan - Rozita & Julia
                         Tempat ke-3  - Samsiah & Salina      



Berikut merupakan gambar-gambar sekitar pertandingan Badminton tertutup Kg Gelang Chinchin 2017.
















                    Sumber : Pn Johana Ali dan Pn Roslina  Wahab