Thursday, July 30, 2015

Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia

Assalamualaikum...
Salam Satu Malaysia...
Salam Muafakat Johor...
Salam Segamat Selamat ...
Salam Gelang Gemilang ...

pada 29hb Julai 2015 (rabu lepas) telah berlangsung sesi penilaian Profil Kampung dan tayangan Corporate video bagi Kampung Sermin 2 - Gelang Chinchin.  Sesi penilaian yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dimulakan dengan upacara sambutan iaini dimulakan dengan Persembahan silat Selamat Datang. Dan panel hakim telah diiring untuk mengambil tempat dan sesi penjurian bermula.

Pembentangan Profil Kampung Gelang Chinchin telah berjalan dengan lancar dan telah di bentang sendiri oleh Ketua Kampung Gelang Chinchin dengan lancarnya.

Selesai sesi pembentangan, panel hakim dibawa melawat ke Kedai Koperasi dan Kilang Memproses Air Tauhu yang menjadi kebanggaan Kampung Gelang Chinchin dan  mempunyai keistimewaannya sendiri .. 

Keputusannya, sekali lagi Kampung Gelang Chinchin berjaya meraih tempat ke-2 dan Johan telah di sandang oleh Kampung Sepangloi.

Walaubagaimanapun , kami barisan admin blog AnakGcc dan Team Anak Gcc TV ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan meraih tempat ke~2 dua tahun berturut-turut .