Friday, April 21, 2017

Skills To Society - Giat Mara Sekijang - Kemahiran Seni Reka Gaya Rambut.

Kampung Gelang Chinchin, Segamat  – Sebuah Program ‘Skills To Society’ (S2S )telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Program ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Giat Mara Sekijang dan Kampung Gelang Chinchin merupakan Kampung terpilih dalam penganjuran program ini. Untuk Kampung Gelang Chinchin, program S2S member fokus kepada  program Kemahiran Seni Reka Gaya Rambut.

Menurut En. Syamsul Ridzuan Bin Yusof, Pengurus Giat Mara Parlimen Segamat, Program ‘Skills to Society’ ini  menfokuskan kepada kumpulan masyarakat yang berorganisasi seperti berpersatuan, pertubuhan mahupun jawatankuasa-jawatankuasa khas yang dibentuk yang mentadbir sesebuah komuniti.  

Menurut beliau lagi , selain daripada program SOS, terdapat satu lagi program yang boleh dilaksanakan iaitu program Training Of Demand(TOD).  Untuk pengetahuan umum, program TOD adalah adalah program permintaan oleh sesebuah komuniti, dan komuniti itu sendiri perlu menghantar kertas kerja untuk permintaan setiap program yang dijalankan.  Selain daripada itu, banyak lagi program yang ditawarkan terutama di GIAT MARA Segamat & Giat MARA Sekijang. Antaranya adalah Kurus Automatif kursus Jahitan dan lain-lain. Terdapat juga sesetengah program yang dijalankan dibekalkan SIJIL KURSUS KAMAHIRAN MALAYSIA (SKKM) apabila tamat pengajian dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.  


Dalam pada itu, En Syamsul turut mengambil kesempatan untuk mempelawa anak-anak muda sekitar Daerah Segamat untuk bersama-sama dalam program Kemahiran Giat Mara  seperti program automatif dan Jahitan untuk kemasukan bulan Julai 2017 . Sebarang informasi boleh terus ke Pejabat Giat Mara Daerah Segamat dan Sekijang ataupun boleh dapatkan informasi terkini  di lawan Web Giat  Mara sendiri di giatmara.edu.my atau boleh terus ke Facebook Giat Mara Segamat dan Facebook Giat Mara Sekijang. 


En Syamsul Ridzuan Bin Yusof, Pengurus Giat Mara Sekijang
Peserta & kakitangan Giat Mara


Peserta terlibat sedang menjalankan aktiviti

Peserta terlibat sedang menjalankan aktiviti

Peserta terlibat sedang menjalankan aktiviti




Sebarang info boleh klik Link dibawah untuk terus ke page yang terlibat : 







Thursday, April 20, 2017

Anugerah Desa Perdana 2017 - Peringkat Daerah Segamat - Majlis Penyampaian Hadiah

Kg Gelang Chinchin - Majlis penyampaian hadiah bagi Pemenang-pemenang Anugerah Desa Perdana 2017 bagi peringkat Daerah Segamat telah berlangsung dengan jayanya. Kehadiran tetamu kehormat Yb Pn Hj Norshida binti Ibrahim , Adun Kawasan Buloh Kasap telah merasmikan majlis malah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.  Turut sama, kehadiran wakil-wakil jabatan kerajaan dan penduduk Kampung Gelang Chinchin.

Kemeriahan turut dirasai apabila para tetamu dihidangkan dengan pelbagai variasi persembahan dari persembahan zapin, silat, kompang sehinggalah persembahan autoshow yang kesemuanya dari Kampung Gelang Chinchin.

Ini merupakan percubaan kali ke-4, Kampung Gelang Chinchin menyertai Anugerah Desa Perdana, dan akhirnya, setelah percubaan kali ke-4 ini, Kampung Gelang Chinchin telah menempah kejayaan yang cukup bermakna. Kini persiapan rapi sedang dijalankan untuk bertanding keperingkat negeri mewakili daerah Segamat. Moga ada tempat. Moga Allah berkati usaha kami...


Berikut merupakan antara gambar kenangan yang sempat dirakam oleh lensa kamera tetamu-tetamu yang hadir











































sumber gambar daripada : 








Tuesday, April 11, 2017

JOHAN ANUGERAH DESA PERDANA 2017 - PERINGKAT DAERAH SEGAMAT



Segamat -  Sukacita  dimaklumkan kg gelang chinchin, telah dipilih sebagai " johan " anugerah desa perdana (adp) 2017 peringkat daerah segamat yg telah putuskan oleh panel2 hakim terdiri drpd ketua2 jabatan daerah yg telah berlangsung pada 4/4/2017 (selasa) yg lalu. lanjutan drpd itu,  Kg Gelang Chinchin akan mewakili daerah segamat keperingkat Negeri Johor yg dijadualkan pada 25/4/2017 di Nusa Jaya. terima kasih diatas kerjasama dan sokongan semua pihak da warga kampung.

Sedikit info, setelah percubaan kali ke-4 akhirnya berkat usaha JKKK Kampung Gelang Chinchin dan seluruh warga Kampung Gelang Chinchin, rezki untuk menjadi Johan berpihak pada Kampung Gelang Chinchin. 

Johan : Kg Gelang Chinchin.

Naib johan : Kg Melayu Raya.

Ketiga : Kg Sawah Baru.




Kini segala persiapan untuk ke Peringkat Negeri sedang dijalankan. 
Doakan Kampung kami, Kampung Gelang Chinchin berjaya diperingkat Negeri pula.. aminnn.. 

Monday, April 10, 2017

Sejarah Kampung Gelang Chinchin




Assalamualaikum .. 

Pada tanggal 5hb Jun 2015, admin berpeluang untuk menemubual orang lama kampung Gelang Chinchin, En Ahmad bin Hj Harun. Orang lama dan banyak pengalamannya telah  menceritakan sejarah Kampung Gelang Chinchin. Kami telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan video khas untuk sejarah kampung ini untuk totonan pembaca. Selamat menonton.







terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada Blog anakGcc..
Boleh jadikan kami sahabat Facebook anda ... hanya klik dibawah..

Saturday, April 8, 2017

Sunday, April 2, 2017

Desa Stay Tok Razak


Homestay Tok Razak baru saja siap untuk disewa.  Satu lagi cabang business penduduk kampung untuk dikomersialkan.  Trend Homestay itu sendiri telah menarik minat pengusahanya untuk memulakan perniagaan..   homestay  ini...

Sudah Hampir sebulan beroperasi,  pemilik menyediakan suasana kondusif untuk penyewanya. Admin sediakan juga alamat utk Desa Stay Tok Razak.. 


" desa stay tok razak" lot : 175, km 3.5, lebuh raya segamat/kuantan, kg. gelang chichin, 85000, Segamat,  Johor Darul Takzim

**km.3 drpd simpg 3. taman yayasan...
jalan seremban/segamat

Jadi jika berminat untuk bermalam di DesaStay Tok Razak .. boleh hubungi no ini.. cuma cadangan Admin untuk pembaca..  Kg Gelang Chinchin memang sangat terkenal buah duriannya yang lazat,  jadi apa salahnya mennginap sambil menikmati buah durian lazat dari Kampung Gelang Chinchin

019-7417380 atau 0197146162 atau klik name ni >  DESA STAY TOK RAZAK untuk terus ke Facebook owner ..  

Jom kita `review` gambar-gambar Homestay Tok Razak..  


No untuk dihubungi untuk sebarang tempahan

suasana bilik yang kondusif

Lengkap dengan kelengkapan asas dan tambahan

wow... ade 'aircond' la... mesti sejukkkkk!!!



admin ucapkan semoga Desa Tok Razak lebih maju..
ps : raya nanti nak try DesaStay Tok Razak ni... yeahh!!!! & kalau ada masa
kita buat video review pulak untuk homestay tok razak