Wednesday, February 18, 2015

Sambutan Maulidulrasul 2015 Peringkat Kampung Gelang Chinchin


Sambutan Maulidul Rasul 2015 - 1436H yang bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”  telahpun dijayakan di peringkat Kg Gelang Chinchin pada tarikh 1Febuari 2015. Umum mengetahui, pada tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia kerana pada tarikh tersebut seluruh umat Islam akan meraikan hari kelahiran junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. 

Sambutan peringkat Kampung Gelang Chin-chin ini telah melibatkan beberapa organisasi Kampung termasuklah Ahli Jawatan Kuasa Masjid Jamek Kampung Gelang Chinchin, UMNO cawangan, Sekolah Kebangsaan Gelang Chinchin, Sekolah Agama Hajah Nomah, TABIKA KEMAS Kampung Gelang Chinchin dan lain-lain. 

Berikut, merupakan beberapa gambar untuk kami kongsikan sepanjang Sambutan Maulidul Rasul dijalankan pada hari tersebut...  



Perarakkan menuju ke Masjid Jamek Kg Gelang Chinchin


YB Hajah Norshida Ibrahim, ADUN kawasan Buloh Kasap turut hadir memeriahkan Sambutan Maulodul Rasul peringkat Kampung Gelang Chinchin.