Wednesday, September 24, 2014

Atap Nipah 2014





     
                Atap nipah telah digunakan sebagai bumbung rumah dan banggunan diseluruh nusantara sejak dulu lagi iaini sebelum kewujudan atap zink, genting, asbestos dan sebagainya. Penggunaan atap nipah kini dilihat sebagai sesuatu yang klasik dan "rare" selain menampakkan ciri-ciri tradisional selain dapat memperkenalkan kepada generasi baru akan kewujudan atap jenis ini.

               Kelebihan menggunakan atap ini ialah ia dapat mewujudkan suasana nyaman dan sejuk didalam sesebuah pondok/rumah/banggunan walaupun tidak menggunakan kipas angin mahupun penghawa dingin. Kesegarannya seolah-olah kita sedang menikmati suasana redup dibawah daun-daun hutan yang rimbun.            

              Kini, masa berganti masa, penggunaan atap atap nipah tidak lagi sesuai untuk banggunan-banggunan utama pencakar langit dan rumah-rumah. Tetapi ianya menjadi trend kepada ramai pengusaha restoran , warung, kedai makan , cafe dan lain-lain untuk mendapatkan dekorasi berasaskan tradisional selain boleh mewujudkan suasana sejuk dan selesa kepada pelanggan. Dan secara tidak langsung, ianya akan mengubah citarasa pengunjung kepada citarasa tradional dan "berteknologi Hijau" atau "Back to the Nature"





Dari artikal Utusan Malaysia bertarikh 2/4/2012, hasil temuramah wartawan dengan  pengusaha Atap Nipah ,Othman Husin dari daerah Kota Tinggi , Johor ..  menyatakan,


"Setiap atap nipah mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter hingga 1.8 meter dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk mencantikkan atap itu," jelasnya.

Menurutnya, setiap hari sebanyak 80 hingga 90 keping atap rumbia dapat disiapkan bergantung pada permintaan kerana kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi.

"Jika atap dibuat tanpa kemasan yang betul ia akan rosak dan terkeluar jika ditiup angin jadi saya memastikan setiap atap nipah yang dihasilkan itu berkualiti.

"Atap yang telah siap, dijual dengan harga RM1.00 sekeping," katanya yang memperoleh pendapatan dari hasil jualan atap antara RM800 hingga RM2,000 sebulan bergantung pada tempahan.

Mereka yang meminati atap tradisional itu boleh menghubungi Othman (019-7476605) untuk mendapatkan maklumat lanjut atau tempahan.






0 comments:

Post a Comment