Saturday, May 23, 2015

Pertandingan Nasyid Peladang Nita



#IsuSemasaKampung






9 Mei 2015 telah pun berlangsung Pertandingan Nasyid Sempena Hari Cinta Rasul Anjuran Peladang Daerah Segamat dimana Kumpulan Nur Iman dari Kg Gelang Chinchin telah pun mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan ini telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Peladang Daerah Segamat. 


Membawa lagu yang bertajuk "Ya Rasulullah" telah menempatkan kumpulan ini di tempat yang ke-5 telah menjadi satu titik tolak yang baik untuk meneruskan aktiviti Dakwah dengan Lagu bagi Kumpulan Nur Iman ini. 

Kumpulan ini telah dilatih oleh Ustaz Mohd Ashraff Suhaimi dan telah diketuai oleh Pn.Rozita Harun telah memulakan latihan untuk Pertandingan ini pada 29 April 2015. Hasil temubual eksklusif dengan salah seorang ahli Kumpulan Nur Iman, Pn. Roslina Abd Wahab, beliau bagi pihak Kumpulan Nur Iman telah mengulas.."Kami akan belajar dari kesilapan, dan akan tetap melakukan yang terbaik malah akan tetap menyertai Pertandingan yang lain pada masa akan datang".   


Johan bagi pertandingan ini telah disandang oleh Kumpulan Nasyid dari Unit Peladang Nita Sedeng. Tempat kedua juga telah disandang oleh Kumpulan Nasyid dari Unit Peladang Nita Sedeng dan Tempat ke-3 telah disandang oleh Unit Peladang Nita Bumbun. 

Semoga Kumpulan Nur Iman lebih maju pada masa akan datang. 






Ahli Kumpulan Nasyid Nur Iman : dari kiri.. Pn.Fauziah Tokiman, Pn.Rashidah Ahmad, Pn.Rozita Harun(Ketua Kumpulan), Pn.Rosnani Yatim, Pn.Azizah Mohd Said, Pn.Zailily Taib, Pn.Roslina Abd Wahab dan Puan.Azizah Ismail.



Ketika sesi latihan, gambar bersama Jurulatih Nasyid Ustaz Mohd Ashraff Suhaimi.

0 comments:

Post a Comment