Thursday, June 26, 2014

Kemenangan JDT kebanggan kami

           Pada tanggal 25/6/2014 , seluruh rakyat Negeri Johor bersama-sama meraikan kejayaan Pasukan Bola Sepak yang mewakili Negeri Johor iaitu pasukan Johor Darul Takzim telah melakar kejayaan apabila bergelar Juara Liga Super 2014. Kejayaan tersebut seterusnya menjadikan pasukan kesayangan rakyat Negeri Johor layak ke AFC (Asian Football Cup). Kami sebagai rakyat Johor turut melahirkan rasa terharu dan bangga atas kejayaan tersebut.



              Selesa diatas dengan kedudukan 44 mata berbeza 3 mata dengan kedudukan pasukan Selangor telah menjadikan Pasukan JDT juara bagi tahun 2014. Walaupun begitu, pujian harus diberikan kepada pasukan Sarawak yang berhempas pulas untuk memastikan JDT tidak menang mudah harus diberi penghargaan. Berakhir Liga Super 2014 maka tinggal satu lagi piala yang akan menjadi rebutan. Semoga pasukan JDT berjaya di Liga Malaysia......

Sumber : dari laman Facebook JOHOR Southern Tigers

Selain dari itu, sempena kemenangan JDT menjuarai Liga Super , sebuah majlis sambutan telah dibuat pada hari semalam di Staidum Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos. Kemeriah sambutan tersebut dimulakan dengan ucapan dari DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Memetik kata-kata TMJ.. "Saya akan lakukan apa saja untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor".. kata-kata penuh semangat seiring dengan kebangkitan JDT dalam arena bola sepak Negeri Johor....

klik link ini untuk menonton rakaman video sambutan Juara Liga Super 2014 : http://southerntigers.tv/





















0 comments:

Post a Comment