Saturday, June 28, 2014

Sk Gelang Chinchin? itu sekolah kami

Sejarah Sekolah Kebangsaan Gelang Chichin

            Pada tahun 1938, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar telah berangkat memburu di sebuah kawasan hutan berhampiran Kampung Gelang Chinchin. Sekembalinya dari berburu, baginda telah menitahkan kepada Naib Penghulu Sermin agar mendirikan sebuah sekolah di Kampung Gelang Chinchin. Baginda mahukan agar penduduk Kampung Gelang Chinchin mendapat ilmu pengetahuan yang secukupnya. Baginda juga bermurah hati mendermakan wang sebanyak lima ratus ringgit kepada penduduk Kampung Gelang Chinchin untuk mendirikan sebuah sekolah.
Naib Penghulu Sermin Bin Abd. Rahman juga telah bermurah hati menghadiahkan sebidang tanah seluas satu suku ekar untuk mendirikan sekolah. Dengan sumbangan wang dan tanah tersebut maka pada tahun 1938 terdirilah sebuah sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Melayu Kampung Gelang Chinchin. Bangunan sekolah ini didirikan hasil gotong royong dan pemuafakatan masyarakat penduduk Kampung Gelang Chinchin sendiri. Bangunan asalnya bertiangkan batang pinang dan beratapkan daun rumbia. 

             Pada tahun 1968 sebuah bangunan baru didirikan. Setelah siap bangunan baru itu, maka sekolah tersebut telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Gelang Chinchin.
Pada tahun 1974, bangunan asal Sekolah Kebangsaan Gelang Chinchin telah diganti dengan tiga bangunan baru iaitu sebuah bangunan dua tingkat, sebuah bangunan batu satu tingkat dan sebuah bangunan separuh papan serta sebuah kantin. Pada tahun 1997, Sekolah Kebangsaan Gelang Chinchin telah mendapat peruntukan sebanyak RM35 ribu untuk menambah ruang kantin dan membesarkan bilik guru dan pejabat.



Gambar ini diambil sekitar tahun 2011 , ketika ini sekolah ini sedang dalam pembinaannya untuk menerima sebuah 2 buah banggunan empat tingkat yang dilengkapi makmal sains, perpustakaan, bilik guru, bilik komputer, pejabat sekolah, kantin, taska, dan taman permainan.



Tinggal kenangan, gambar menunjukkan banggunan lama yang kini tapaknya adalah sebuah padang. 

Lambang Sekolah Kebangsaan Gelang Chinchin

1 comment:

  1. Sye mncari bekas guru skolah SKGC...cikgu daljit singh...klu ade info..boleh hbngi email sye...sye brskolh du situ pd thun 1987...pd thn 1988..sye brpindh ke skolh lain mmndg kn ibu sye di tkr kn ke SKBK...

    ReplyDelete